Baju Melayu 2021 Tradisi Atau Moden Mana Yang Jadi Pilihan Anda? | Tradisi

Baju Melayu 2021 Tradisi Atau Moden Mana Yang Jadi Pilihan Anda?

    Show all

    Baju Melayu 2021 Tradisi Atau Moden Mana Yang Jadi Pilihan Anda?

    Baju Melayu 2021 Tradisi Atau Moden

    Kalau kita sebut moden dan lama, pasti kita terbayangkan teknologi. Contohnya, telefon. Dulu, kita pakai public phone kalau nak call ‘marka’ yang duduk jauh nun di Penang.

    Tapi kini, sekali swipe dah boleh buat video call guna telefon pintar. Canggih, bukan?! Samalah juga dengan konsep baju Melayu. Ada jenis moden, ada juga jenis tradisional.

    Tapi tahukah anda, apa perbezaan moden dan tradisional untuk pakaian baju musim perayaan Syawal ini. Jom kita selongkar artikel menarik kali ini.

    5 Perbezaan Baju Melayu Tradisi Dan Moden

    • Saiz

    Mana-mana jenis baju pun, pasti saiz adalah keutamaan si pemakai. Sama juga dengan baju Melayu. Untuk design moden, saiz yang dikenakan oleh si pemakai adalah jenis ikut saiz badan atau smart cutting.

    Juga ada yang jenis slim-fit, di mana ianya sedikit ketat dan saiz ini sesuai untuk pemakai yang bersaiz badan sedikit kurus.

    Untuk tradisi pula, saiz baju sedikit longgar dan kebiasaannya orang-orang zaman dulu (atau kita panggil mereka jiwa otai), amat gemar saiz sebegini. Selesa untuk dibuat solat dan mudah untuk bergerak ke sana ke sini.

    • Set Lengkap / Ala Carte

    Haa, dah serupa beli McD drive thru pula kan? Nak set atau ala carte. Tapi jangan tak tahu pula, baju Melayu juga ada set sebegini. Untuk yang moden, si pemakai ada pilihan sama ada nak beli secara lengkap beserta seluar (atau samping jika ada). Atau nak beli baju sahaja. Manakala untuk tradisi pula, kebiasaannya akan datang dengan set lengkap (jika bertuah, tuan kedai siap bagi free butang baju).

    • Poket Baju

    Kalau perasan, kebanyakkan orang lelaki tak suka ada poket di baju Melayu. Katanya, tak nampak cool dan tak macho! Haa, sebab tu lahirnya baju Melayu moden, di mana poket baju diberi pilihan sama ada nak atau tidak. Dan kalau nak, boleh pilih nak tiga set atau satu set (di bahagian dada sebelah kiri) atau dua set kat bahagian bawah saja. Tapi tidak bagi baju Melayu tradisional, kerana poket baju itu wajib ada. Ianya disebabkan poket baju Melayu tradisional melambangkan tiga tuntutan yang perlu dipenuhi iaitu Islam, Iman dan Ihsan.

    • Zip

    Sedar tak, baju Melayu moden kini disediakan dengan kemudahan mengambil wuduk. Caranya, ada zip dibahagian lengan baju. Untuk baju Melayu tradisional pula, si pemakai perlu melipat lengan baju untuk mengambil wuduk. Kini si pemakai baju Melayu moden hanya perlu buka dan tutup zip di lengan sahaja. Mesra wuduk.

    • Corak Baju

    Baju Melayu moden akan ada pelbagai jenis corak dan warna. Sampaikan si pemakai tak tahu nak pilih yang mana. Rambang mata. Namun tidak bagi jenis tradisional. Hanya akan ada corak dan warna plain saja yang bakal jadi pilihan si pemakai. Untuk yang jenis easy going, pilihan baju Melayu tradisional akan menambat di hati.

    Jadi Apa Yang Anda Pilih?

    Yang moden atau yang tradisional? Apa pun pilihan korang, pastikan baju Melayu selalu dan selamanya di hati. Hiduplah dalam zaman moden sampaikan gajah pun boleh terbang, tradisi dan adat Melayu jangan pernah ditinggalkan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *